background

Sunday, November 28, 2010

…Luv U Ann…

…Luv U Ann…

Bosannya skrg. Nk kuar jln2, x taw nk g mne. Nasib bek la ade blog ni. De gak tmpt nk bual2. Biar pun bual sorg2. Yang penting puas ati sbb dah diluahkan. Skrg ni, aku single. Mule2 cm xcited jer nk jd single. Tp bile dah hampir sebulan menyigle, rase kesunyian plak. Huhu… sbb tu skrg ni, aku dah ade kekasih gelap. Aku gelar kn die kekasih gelap sbb die dah ade gf. Tp org ckp, xpe la sbb bru gf. Belum jd wife lg pun. So, aku pun rasa tindakan aku ni x salah.

Kekasih gelap aku ni, nme di Ann. Ann syg. Hehe. Die ni nsem. Baik. Setia. Die mmg setia sblm knl aku. 1 day, die nk g amik gf die. Gf die nme Awa. Nk ajk g dating la ni. Time tu Awa stay kt uma mmber die. Dkt gak la dgn tmpt kitorg. Setibanya Ann kt uma mmber Awa, Ann nmpk de krete kt dpn uma. Tibe2, Awa kuar dr krete tu. Krete tu de sorg laki kt dlm tu.

Cubelah korg fikir sndri….. nth2 dat guy kekasih gelap Awa. Kesian aku dkt Ann. Lepas tu, mungkin Ann bertekad xnk peduli kn sgt prangai si Awa ni. Sengal la Awa tu. Ann punye la baik dgn die. Siap amik kt U. Hantar balik uma lg. Dah la jauh uma si Awa tu. Aku dgn Ann kt Muar. Uma si Awa tu kt Mersing. U die kt Segamat. Sengal btol Awa tu. Alasan Awa tu, sbb kata nya Ann x slalu spent time dgn die. Yela time tu Ann still study kt Ipoh. Faham la sket. Si Awa tu pun study gak. Patut nye lebih memahami.

Smpai la 1day, Ann jumpe aku. Ajk kuar. Mungkin die tension & sedikit sebanyak kecewe dgn sikap Awa. Sampai skrg, hubungan aku dgn Ann berjalan lancar. Ann mula tunjukkan sikap yg die cm dah mlas nk lyn Awa. Awa pun dpt menghidu Ann ade girl lain. Aku la tu. 1day, Ann g dating dgn Awa. Awa amik nset Ann. Die nmpk la kt dialled numbers, ade nmbor aku. Kol 2am plak tu. Terus die call. Aku igat kn la Ann call. Tbe2 suare Awa. Huhu. Kantoi.

Lama kelamaan, sampai Facebook aku pun Awa block. Awa yg monitor FB Ann. Geram je aku. X dpt la nk tgk pic Ann lg… huhu. Tp Ann de ckp “X pe la dear. Sabar la. Kt FB kite x leh jumpe. Tp kt luar still bole kn”. So sweet… thanks my luv.

Thursday, November 25, 2010

Skyline wif my luv....



smlm ptg g tgk movie Skyline

best rupenye movie tu

ade nilai2 kasih syg gak dlm movie tu

so sweet

paling sweet, x ramai yg tgk

cm rase kitorg berdua jer... huhu

nasib baik la si dia suke movie tu

sbb i yg suggest movie tu

Monday, June 14, 2010

DIA BUKAN LELAKI SEJATI....

baru ni, aku teman kan kawan aku jumpe sorg mamat ni.... sbb die terasa cm kne tpu... tp si mamat 'F' ni, leh plak bawak member die yg kaki gaduh.... nth pape... nmpk sgt 'F' tu penakut.... come on la.... gaduh dgn ktorg jer... bukan spe pun.. xkn la tkut.... dr mule smpai abis, si 'F' tu asik senyp jer... smpai aku sound, " wei F ko x leh cakap pape ke ha? " geram btol aku... nk jer aku ckp, ko punyer tu, potong kasi anjing makan la.... lau bukan jantan, x yah la nk simpan bende tu.... geram !!!!

Tuesday, June 8, 2010

Wednesday, May 12, 2010

mimpi ku.....


ari tu aku mimpi jumpa ular besar.... de org cakap, tu tanda nye ade org nk dtg meminang aku... hahaha.... menakutkan..... biar betol..... ala aku nk taw gak pe makne nye... sbb de gak org cakap tu petanda buruk....... alamak yg mane 1 betol ni.....

Saturday, May 8, 2010

Khasiat Madu Lebah Menurut Al-Qur'an

MADU :
Khasiatnya Menurut AL-Qur'an dan Hadis

Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu berubat mengikut saranan al-Qur'an dan hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.

Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :

Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"
( Hadis riwayat Abu Daud)

Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.
Firman Allah dalam surah an-Nahl:

(Surah An-NAhl: 69).
Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:


Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:

Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.
Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan. Menurut Al-Qur'an